Masuk Umno: PAS tidak dapat bela peneroka Felda Tersang
Ahli PAS di Felda Tersang dalam kawasan Batu Talam mengambil keputusan meninggal parti itu dan menyertai Umno demi depan mereka dan keluarga masing-masing di tanah rancangan tersebut.
Ahli PAS di Felda Tersang dalam kawasan Batu Talam mengambil keputusan meninggal parti itu dan menyertai Umno demi depan mereka dan keluarga masing-masing di tanah rancangan tersebut.
Seorang daripada mereka, Mohd Zulkifli Abdul Rahman, 48, berkata, beliau tidak mahu memburukkan PAS tetapi percaya peneroka Felda Tersang "tahu menilai parti mana yang baik dan buruk untuk mereka.".
Beliau adalah antara 24 ahli PAS yang menyerahkan borang keahlian Umno kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Sekolah Menengah Felda Tersang Satu, Ahad lalu.
Mohd Zulkifli berkata, beliau menjadi ahli PAS selama 25 tahun tetapi menghadapi pelbagai kesukaran yang tidak dapat dibantu oleh parti pembangkang itu.
Contohnya, kata beliau, pinjaman perumahannya dari Felda yang dipohonnya sejak tiga lagi sehingga ini, belum diluluskan.
Ada kemungkinan, katanya, pinjamannya itu belum diluluskan kerana beliau adalah penyokong kuat PAS di kawasan Felda tersebut.
Dalam pilihanraya kecil Batu Talam, calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Mat Kiram ditentang oleh calon bebas, Ng Chee Pang.
Ketika dihubungi malaysiakini hari ini, Mohd Zulkifli berkata, beliau mengambi keputusan untuk Umno demi masa depan beliau dan keluarganya di tanah rancangan tersebut.
Atas alasan yang sama, katanya, ramai lagi penyokong PAS di tanah rancangan tersebut menyatakan hasrat mereka untuk menyertai Umno.
Boikot pilihanraya
"Saya tidak tahu jumlah sebenar, dalam beberapa hari lagi akan terjawablah pertanyaan tersebut," katanya.
Sementara itu, Abdul Hamid Saad,53, berkata, beliau menyertai Umno kerana perjuangan dn kepimpinan PAS "tidak sesuai dengan hasrat peneroka Felda Tersang.
Katanya, peneroka memerlukan pembelaan setiap masa dan ini yang tidak boleh dilakukan oleh pemimpin PAS.
"Hati saya telah berubah...kini saya orang Umno. Cukuplah pengalaman saya dengan PAS," katanya ketika dihubungi malaysiakini.
D samping iut, kata Abdul Hamid, tindakan PAS memboikot pilihanraya kecil Batu Talam juga, turut menjadi faktor mereka menyertai Umno.
Semalam Ketua Umno Felda Tersang, Ahmad Salleh berkata, bekas ahli PAS itu menyertai Umno kerana tidak puas hati dengan tindakan parti pembangkang memboikot pilihanraya Batu Talam.
Beliau menjangkakan kira-kira 50 lagi ahli dan penyokong PAS akan memohon menjadi ahli Umno sebelum hari pengundian Ahad ini.

