Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zahid tak tahu agenda pujuk dia letak jawatan

Presiden Umno Zahid Hamidi berkata dia tidak tahu-menahu berkaitan dakwaan terdapat usaha sekumpulan pemimpin parti yang mahu memujukkan berundur.

“Saya tak mengetahui (tentang) perjumpaan itu.

“Saya tidak mengetahuinya,” kata Zahid ketika ditemui pemberita di kompleks mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

"Jadi kita mesti hormati perlembagan parti iaitu jika seseorang itu dipilih oleh perwakilan maka jika sesuatu permintaan itu mahu dilakukan, ia juga ada peraturan parti yang memboleh atau tidak membolehkan seseorang itu berada di sesuatu jawatan," katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman mendakwa sekumpulan pemimpin kanan Umno berkumpul untuk mencari kesepakatan bagi mendesak supaya Ahmad Zahid berundur sebagai presiden Umno pada Mei 2020.

Dia mendakwa antara pemimpin yang hadir ialah bekas perdana menteri Najib Razak, timbalan presiden Umno, Mohamad Hasan dan naib presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin.

Bagaimanapun, katanya usaha berkenaan gagal selepas Mohamad dan Najib “membelot” daripada kesepakatan tersebut.

Tajuddin mendakwa Mohamad yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan, "digertak” oleh pegawai kanan Ahmad Zahid.

Sementara itu, mengenai sama ada Tajuddin akan dikenakan tindakan tatatertib, presiden Umno itu berkata parti itu akan mengikut proses yang sewajarnya.

Lihat Komen
ADS