Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
AS umum tambah bantuan keselamatan untuk Ukraine

GLOBAL | Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan bantuan keselamatan tambahan kepada Ukraine, termasuk sistem pertahanan antipesawat yang canggih.

Menurut Jabatan Pertahanan, bantuan tambahan bernilai AS$820 juta itu akan disalurkan menerusi dua fasa, lapor Xinhua.

Setakat ini AS telah memberikan bantuan keselamatan sebanyak AS$6.9 bilion kepada Ukraine sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan khas pada Februari 24 dan sejumlah AS$7.6 bilion sejak pentadbiran Presiden Joe Biden.

-Bernama

Lihat Komen
ADS