Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata dia akan menangguhkan pilihan raya umum ke-15 sehingga habis penggal iaitu pada Jun tahun depan sekiranya dia merupakan perdana menteri.

Mohamad mengulas spekulasi bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan hujung tahun ini berikutan perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) antara Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan menyatakan PRU tidak akan diadakan sebelum Julai.

"Jadi kalau tak ada pilihan raya bulai Julai, serah pada PM lah nak lanjut (perjanjian) atau tidak,” katanya.

Ditanya mengenai tarikh yang tepat, Mohamad berkata: "Itu serah pada PM-lah. Saya tak masuk campur."

“Kalau saya PM, saya mahu sampai habis penggal, bulan 6 tahun depan,” kata Mohamad kepada pemberita pada ‘Sidang Nadi Rakyat di Petaling Jaya.

Ismail Sabri sejak beberapa bulan kebelakangan ini menerima tekanan termasuk dari dalam Umno dan BN untuk mempercepatkan pilihan raya umum.

Pada bulan lalu perdana menteri berkata dia tidak akan melewatkan PRU ‘walaupun sesaat’ sekiranya BN sudah bersiap sedia.

'Sedia untuk ke jalan raya'

Sementara itu, Mohamad berkata dia bersedia sekali lagi mengetuai protes jalanan bagi membantah kenaikan harga barang jika diminta berbuat demikian.

“Kalau perlu saya akan turun. Memang saya akan turun ke jalan raya semula. Bila-bila diputuskan.

“Kita fokus pada kenaikan harga barang rasuah, penyelewengan," kata Mohamad sambil menambah perbincangan juga akan diadakan bersama NGO lain.

Diminta mengulas mengenai 10 pemimpin PH yang dipanggil polis kerana terlibat dalam protes kenaikan harga barang di luar masjid Kampung Baru semalam, Mohamad berkata polis hanya menjalankan tugas mereka.

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad dan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali hadir di Balai Polis Dang Wangi, manakala lapan lagi dijangka merekodkan keterangan mereka pada Isnin.

Dalam perkembangan berkaitan, Syeikh Umar dalam satu kenyataan berkata dia disoal siasat oleh pihak pokis selama kira-kira 40 minit.

Katanya dia hadir di balai polis berkenaan dengan ditemani peguam Syahredzan Johan.

Lihat Komen
ADS