Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
BN Sabah kaji semula hubungan dengan GRS - Bung Moktar
Diterbitkan:  Jul 2, 2022 5:39 PM
Dikemaskini: 9:39 AM

BN Sabah sedang mengkaji semula mengenai hubungannya dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata pengerusi BN negeri Bung Moktar Radin.

"Arah ini (yang kita pilih) akan memastikan BN tidak akan ditipu lagi," kata Bung pada konvensyen BN Sabah di Penampang hari ini, menurut The Star.

“Kita tidak mahu berada dalam kedudukan yang sama di mana BN ‘berkawan’ dengan pihak lain hanya untuk dilayan dengan tidak ikhlas,” katanya.

Mengenai kritikan PBS terhadap dasar BN Sabah yang lalu, Bung Moktar berkata PBS telah terbukti sebagai sekutu yang tidak boleh dipercayai.

Dia mengulas dakwaan Presiden PBS, Maximus Ongkili bahawa ada sebuah “parti BN" memberikan kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin (Pati) untuk mengundi parti berkenaan.

“Saya ingin memberi amaran kepada presiden PBS, jangan cuba bermain api, kalau berkawan hormati kawan, Umno dan BN tidak pernah khianati kawan.

“PBS sudah khianati BN berkali-kali, cukup-cukuplah PBS, jangan jolok sarang tebuan, kalau dijolok padah rasanya, sebab Umno dan BN ini bukan melukut di tepi gantang, kita parti yang kuat, kita parti keramat, dia (Ongkili) tuduh kita macam-macam, dia yang melukut di tepi gantang.

“BN memerintah, dia pun ikut memerintah, satu kerusi Parlimen pun jadi menteri juga, mana boleh begini,” katanya pada konvensyen BN Sabah di Pusat Komersial dan Teknologi Antarabangsa (ITCC).

‘Sekarang kita palu dia punya gendang’

Bung turut mendakwa PBS sebelum ini melakukan banyak perkara yang menghancurkan negeri.

“Saya belum lagi bongkar PBS ini, banyak lagi dia buat untuk menghancurkan negeri Sabah ini, tunggulah dekat-dekat pilihan raya.

“Dia (PBS) sudah mula gendang, sekarang kita palu dia punya gendang, dia salah orang itu, dia ingat dia boleh ugut saya minta maaf pada dia,” katanya.

Lihat Komen
ADS