Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kelantan lokasi Jelajah Keluarga Malaysia berikutnya
Diterbitkan:  Jul 2, 2022 11:13 PM
Dikemaskini: 3:13 PM

Kota Bharu akan menjadi tuan rumah kepada siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Siri jelajah itu telah pun sampai ke Sabah, Perlis, Johor dan Terengganu sebelum ini. Ia sedang berlangsung di Perak ketika ini.

Menurut Annuar Musa, penyelaras jelajah Kelantan, acaranya akan berlangsung pada 22 Julai hingga 24 Julai di Stadium Sultan Muhammad IV.

Annuar menjangkakan 50,000 peserta memandangkan dia menyasarkan lebih ramai pengunjung berbanding jelajah sebelumnya.

"Kita berhasrat untuk menjadikan JAKM di Kelantan ini sebagai satu program yang memberikan peluang kepada rakyat seperti para usahawan, pemain industri kreatif, belia dan remaja menyertai program-program yang disediakan.

"Sememangnya fokus utama kita adalah menyampaikan segala perkhidmatan kerajaan sebagaimana hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya rakyat dapat mengetahui lebih dekat lagi apa yang dilakukan kerajaan," katanya di Kota Bharu, Kelantan hari ini, seperti dilapor Bernama.

Antara lain, Annuar berkata siri jelajah Kelantan akan menyertakan forum keagamaan yang menampilkan penceramah dari Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Tambahnya, pameran Muay Thai antarabangsa juga akan diadakan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS