Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nasib permohonan Najib dapatkan QC diketahui 21 Julai ini
Diterbitkan:  Jul 6, 2022 8:30 PM
Dikemaskini: 12:30 PM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan pada pada 21 Julai ini sama ada Peguam Diraja (QC) dibenarkan mewakili Najib Razak dalam rayuan akhirnya berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta membabitkan SRC International Sdn Bhd (SRC).

Hakim Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujah pendakwaan dan pembelaan berhubung permohonan bekas perdana menteri itu untuk membolehkan Jonathan Laidlaw dari United Kingdom mewakilinya.

Selain pendakwaan, permohonan Najib dibantah oleh Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur.

Pada 31 Mei lepas, Najib memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran melantik QC untuk membantu dia berhubung isu kompleks dan persoalan undang-undang dalam rayuan kes SRC di Mahkamah Persekutuan.

Pada 29 April lalu Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari pada bulan Ogos ini untuk mendengar rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan penyelewengan dana syarikat itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS