Tiong mahu tubuh empayar media Cina
SinChew dan MingPao dari Hong Kong hari ini menandatangani perjanjian kerjasama untuk mewujudkan sebuah konglomerat media utama bahasa Cina peringkat global, yang diterajui oleh jutawan media Malaysia, Tan Sri Tiong Hiew King.
SinChew dan MingPao dari Hong Kong hari ini menandatangani perjanjian kerjasama untuk mewujudkan sebuah konglomerat media utama bahasa Cina peringkat global, yang diterajui oleh jutawan media Malaysia, Tan Sri Tiong Hiew King.
Ianya dicadang dilakukan melalui penggabungan tiga kumpulan media utama bahasa Cina milik Tiong di Malaysia Kumpulan SinChew Group, Kumpulan Nanyang dan Kumpulan MingPao, juga milik Tiong, di Hong Kong.
Apabila cadangan itu kenyataan, konglomerat tersebut akan memiliki dan mengendali operasi akhbar-akhbar utama dan pelbagai majalah berbahasa Cina di Malaysia, Hong Kong, Amerika Syarikat, Kanada dan China.
Butir-butir tersebut terkandung dalam dokumen cadangan tersebut yang dikemukakan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Menurutnya, cadangan tersebut dibuat memandangkan jumlah besar masyarakat China serta semakin bertambahnya pembaca akhbar dan majalah dalam bahasa Cina di seluruh dunia.
Peluang pertumbuhan
Dengan itu, katanya, ia akan membolehkan konglomerat baru media itu berkembang dengan lebih pesat di kalangan masyarakat Cina di peringkat global.
"Platform tersebut akan menyediakan peluang pertumbuhan kepada kumpulan berkenaan dalam bidang perniagaan media," katanya.
Menurut dokumen tersebut, MingPau ditubuhkan di Bermuda dan disenaraikan di Bursa Hong Kong pada 22 Mac 1991.
Penerbitan utama akhbar Ming Pao Daily News di Hong Kong, Toronto, Vancouver, New York dan San Francisco. Manakala majalah terbitannya termasuk Ming Pao, Yazhou Zhoukan.
Ming Pao Daily News (edisi Hong Kong) mempunyai purata edaran 102,000 nashkah sehari dalam tempoh 1 Januari 2006 hingga 30 June 2006.
Sehingga 16 Januari 2007, MingPao mempunyai modal saham yang dibenarkan sebanyak HKD50 juta.

