Mafrel puashati cara SPR kendali praya Batu Talam
Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil Malaysia (Mafrel) puashati dengan perjalanan dan pengendalian pilihanraya kecil Batu Talam.
Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil Malaysia (Mafrel) puashati dengan perjalanan dan pengendalian pilihanraya kecil Batu Talam.
Pengerusinya, Abd Malek Hussin berkata, pihaknya meninjau enam daripada 12 pusat pengundian Ahad lalu dan Mafrel pada keseluruhannya, berpuashati dengan pengendalian Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Namun begitu, beliau memberitahu malaysiakini, masih terdapat beberapa masalah kecil yang perlu SPR tangani.
Sebagai contohnya, kata beliau, di sebuah pusat pengundian, pengesahan butiran pengundi terpaksa dibuat secara manual kerana tidak kabel untuk disambung kepada bekalan elektrik.
Mafrel, yang bertindak sebagai badan pemantau pilihanraya, masih ada perayu undi dan pondok panas di luar pusat pengundian, sedangkan semua itu telah diharamkan oleh SPR.
"Kami membuat aduan kepada SPR mengenai pondok panas itu tetapi SPR berkata ianya sah kerana terletak 50 meter dari pusat pengundian," kata Malek.
Boikot berjaya?
Mengenai peratusan pengundian yang merosot daripada pilihanraya umum lalu, Malek mengulangi kebimbangannya kerana ia boleh memberi kesan buruk terhadap demokrasi dan pilihanraya umum akan datang.
"Ianya merosot kira-kira 10 peratus selepas dua minggu kempen. Bagaimana halnya jika kempen dipanjangkan sehingga tempoh berbulan-bulan?" soalnya.
"Jumlah 10 peratus adalah kecil bagi sesuatu pilihanraya kecil...(tetapi) bayangkanlah (impaknya) 10 peratus itu dalam pilihanraya umum," katanya.
Semalam, Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata, parti itu menganggap tindakan pembangkang memboikot pilihanraya kecil Batu Talam telah berjaya mencapai matlamatnya.
Menurutnya, ia kerana peratus pengundian berkurangan hampir 10 peratus berbanding dengan pilihanraya umum yang lalu, kata Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Mustafa Ali.
Dalam pilihanraya kecil semalam, 67.32 peratus pemilih di Batu Talam keluar mengundi berbanding dengan 76.59 peratus pada 2004 merosot 9.27 peratus.
Calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Mat Kiram menang dengan majoriti 5,857 apabila mendapat 6,276 undi manakala calon Bebas, Ng Chee Pang hanya mendapat 419 undi dan hilang wang pertaruhanya. Berita asal

