Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat Aidiladha
Diterbitkan: Jul 9, 2022 8:32 PM | Dikemas kini: Jul 10, 2022 8:09 AM
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara ini.
Seri Paduka berdua turut menzahirkan harapan agar ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna, diberkati dan diterima Allah SWT.
"Semoga dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredaan-Nya jua," titah Baginda berdua dalam poster ucapan yang dimuat naik menerusi Instagram Istana Negara.
Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha esok.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.