Huaren akan nilai penggabungan Sin Chew-Nanyang-Ming Pao
Huaren Holdings Bhd, cabang pelaburan MCA yang mempunyai 23.3 peratus pegangan dalam Nanyang Press Holdings Bhd akan menilai cadangan penggabungan Sin Chew-Nanyang-Ming Pao dan mendapatkan penjelasan lanjut, apabila perlu, mengenai janji niaga tersebut.
Huaren Holdings Bhd, cabang pelaburan MCA yang mempunyai 23.3 peratus pegangan dalam Nanyang Press Holdings Bhd akan menilai cadangan penggabungan Sin Chew-Nanyang-Ming Pao dan mendapatkan penjelasan lanjut, apabila perlu, mengenai janji niaga tersebut.
"Lembaga pengarah Huaren akan bermesyuarat dalam masa beberapa hari lagi untuk membincangkan perkara itu," kata Pengerusinya Tan Sri Lau Yin Ping yang juga Ketua Bendahari MCA.
Menurut laporan Bernama, beliau memberitahu demikian ketika diminta mengulas pengumuman Sin Chew Media Corporation Bhd lewat malam tadi untuk memulakan rancangan mengembangkan sayapnya ke peringkat global, menerusi pengambilalihan berbalik Ming Pao Enterprise Corporation Limited, sebuah syarikat tersenarai di Bursa Saham Hong Kong.
Sebagai sebahagian daripada pengambilalihan berbalik itu, Ming Pao Enterprise juga akan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad dan menjadi syarikat pertama mempunyai dua penyenaraian utama di Malaysia dan di Hong Kong.
Sin Chew dilaporkan berkata ia juga turut menawarkan kepada Nanyang untuk menyertai penggabungan itu.
Niaga janji
Hasil daripada janji niaga tersebut bakal mewujudkan penerbit berbahasa Cina terbesar di luar dari China dan Taiwan.
Nanyang, yang sedang membuat tawaran am, diberikan tempoh tertentu untuk menerima tawaran tersebut selepas berakhirnya tempoh tawaran bagi tawaran am mandatorinya.
Sin Chew berkata, janji niaga itu akan dibatalkan sekiranya Nanyang tidak menerima tawaran tersebut.
Lau, yang juga Ketua Bendahari MCA, berkata: "Huaren akan memberi maklum balas dalam tempoh yang diberikan."
Para penganalisis berkata, Huaren perlu memutuskan sama ada untuk menerima atau menolak tawaran itu.
Sekiranya mereka (MCA) menerima tawaran itu, ia akan memberikan MCA parti komponen kedua terbesar Barisan Nasional -- pemegangan saham media antarabangsa.

