Penggabungan perlukan kelulusan 75% pemegang saham
Cadangan penggabungan Sin Chew-Nanyang-Ming Pao dijangka mengambil masa kira-kira setahun untuk diselesaikan dan memerlukan kelulusan 75 peratus pemegang sahamnya.
Cadangan penggabungan Sin Chew-Nanyang-Ming Pao dijangka mengambil masa kira-kira setahun untuk diselesaikan dan memerlukan kelulusan 75 peratus pemegang sahamnya.
Cadangan penggabungan itu akan dibatalkan sekiranya pemegang sahamnya menolak rancangan itu.
Kedua-dua Ming Pao dan Sin Chew dikuasai hartawan Sarawak, Tan Sri Tiong Hiew King yang baru-baru ini menguasai Nanyang Press Holding selepas membeli 21.01 peratus kepentingan daripada Huaren Holdings Bhd, cabang pelaburan parti MCA.
Sin Chew telah menyampaikan pelawaan kepada Nanyang untuk menyertai penggabungan itu.
Tiong kini mempunyai 44.8 peratus pegangan dalam Nanyang dan telah menyampaikan tawaran am mandatori (GO) bagi baki saham di dalam Nanyang. Selepas tawaran am itu (yang dijangka diselesaikan pada Mac), Tiong dijangka mempunyailebih 50 peratsu kepentingan di dalam Nanyang.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Sin Chew Media Corporation, Rita Sim berkata, cadangan penggabungan Sin Chew-Nanyang-Ming Pao dijangka diselesaikan menjelang Februari 2008, demikian menurut laporan Bernama hari ini.
Janji niaga itu membabitkan cadangan suntikan Sin Chew dan Nanyang Press Holdings Bhd ke dalam Ming Pao Enterprise Corporation Ltd, dari Hong Kong, pengambil alihan berbalik Ming Pao terhadap Sin Chew dan penggabungan Ming Pao, Sin Chew dan Nanyang.
Bercakap dalam satu taklimat media mengenai janji niaga itu, Rita berkata, pemegang saham Sin Chew dan Nanyang dijangka mengundi dalam mesyuarat-mesyuarat yang berkemungkinan diadakan dalam suku keempat tahun ini.
Perlu kelulusan 75%
CIMB Investment Bank Berhad, selaku penasihat bagi janji niaga itu berkata, satu kelulusan sebanyak 75 peratus diperlukan daripada para pemegang saham dan ia akan dibatalkan jika mereka menolaknya.
"Penggabungan itu adalah bagi ketiga-tiga pihak dan jika para pemegang saham Nanyang tidak menerima penggabungan itu, maka ia akan dibatalkan," kata Pengarah Perbankan Pelaburan CIMB, Christopher Chan.
Chan berkata, Tiong akan menarik diri daripada mengundi bagi cadangan janji niaga itu.
Pengarah urusan Sin Chew, C C Liew pula berkata, keempat-empat akhbar di bawah Sing Chew dan juga Nanyang, akan dikekalkan selepas penggabungan itu, serta memberi jaminan kebebasan jabatan pengarang kesemua akhbar berkenaan.
Sin Chew menerbitkan dua dua akhbar harian Cina terkenal
Sin Chew Daily
dan
Guang Ming Daily
manakala Nanyang adalah penerbit dua akhbar harian Cina aliran utama
Nanyang Siang Pau
dan
China Press
.
Saham kedua-dua Sin Chew dan Ming Pao meningkat di pasaran mereka masing-masing.
Sin Chew Media diniagakan dengan cergas, meningkat 10 sen kepada RM3.30. Ia bergerak di antara RM3.28 dan RM3.70.
Di Bursa Saham Hong Kong, Ming Pao naik 0.47 dolar HK pada 2.20, di bawah paras tertingginya 2.58.
Urusniaga saham
Nanyang, bagaimanapun, jatuh 14 sen kepada RM4.06 menjelang waktu rihat makan tengah hari di Bursa.
Sim berkata, janji niaga itu akan menyebabkan peningkatan dalam lojistik kumpulan itu, iaitu cara akhbar-akhbar di dalam kumpulan itu diedarkan.
Di samping itu, katanya tidak akan terdapat penutupan kilang. Sin Chew mempunyai enam kilang di seluruh negara manakala Nanyang mempunyai lima.
Janji niaga itu juga mewujudkan penerbit berbahasa Cina terbesar di luar Tanah Besar China dan Taiwan.
Menurutnya, Sin Chew akan memanfaatkan Ming Pao untuk menembusi China dan membuka jalan bagi kumpulan itu mencapai hasratnya memasuki bidang berita secara multimedia.
Sin Chew, katanya, di bawah kumpulan digabungkan itu akan bertukar menjadi sebuah syarikat global baru di Asia bersaing dengan perbadanan-perbadanan media global.
Ming Pao adalah syarikat pegangan penerbitan utama seperti Ming Pao Daily News dan Ming Pao Weekly di Hong Kong, Toronto, Vancouver, New York dan San Francisco.
Ia adalah juga terkenal bagi perniagaan majalah-majalah gaya hidupnya di China, melalui anak syarikatnya tersenarai, One Media Group Ltd.
Sejuta naskah
Chan berkata, dengan cadangan penggabungan itu, kumpulan itu akan mempunyai akhbar-akhbar harian dengan lebih sejuta naskah dalam edaran.
Menjawab soalan, katanya sementara Ming Pao akan mengambil status penyenaraian Sin Chew, status penyenaraian Nanyang akan dihapuskan.
Katanya dengan Ming Pao disenaraikan di Bursa Malaysia dan pada waktu yang sama di Bursa Saham Hong Kong, dwi penyenaraian utama itu akan merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Ming Pao akan menyertai syarikat-syariakt lain dengan dwi penyenaraian utama yang serupa seperti HSBC Holdings Plc dan Standard Chartered Plc, yang kedua-duanya disenaraikan di Hong Kong dan London.
Chan berkata, dengan dwi penyenaraian itu, kumpulan yang diperbesarkan itu akan menarik minat institusi yang lebih besar disebabkan profilnya yang lebih tinggi.
Transaksi janji niaga itu akan dilakukan di bawah aturan pertukaran saham pada RM4.00 sesaham di dalam saham Sin Chew dan pada RM4.20 sesaham Nanyang bagi saham baru Ming Pao yang diterbitkan pada HK$2.70 (HK$1=RM0.448).
Mengenai transaksi itu, Chan berkata ia akan berharga RM1.208 bilion dan RM331.8 juga bagi saham-saham Sin Chew dan Nanyang, masing-masing.
Tiong, tambah Chan, akan memiliki kira-kira 53 peratus kepentingan di dalam Ming Pao baru yang akan mempunyai DPL manakala Huaren akan memegang 3.5 peratus dan Lembaga Tabung Haji 2.1 peratus.

