Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
5,047 kes bertambah, empat korban terbaru Covid-19
Diterbitkan:  Jul 17, 2022 8:53 AM
Dikemaskini: 12:53 AM

Sebanyak 5,047 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak kini mencecah 4,619,045 manakala jumlah kes aktif pula berada pada tahap 42,481, meningkat 42.7 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri:

Selangor: 1,925
Kuala Lumpur: 1,365
Perak: 306
Negeri Sembilan: 276
Sabah: 274
Pulau Pinang: 265
Melaka: 128
Putrajaya: 116
Kedah: 113
Sarawak: 74
Johor: 73
Pahang: 56
Kelantan: 37
Terengganu: 22
Perlis: 9
Labuan: 8

Sementara itu empat lagi kematian baru dilaporkan, dengan satu membabitkan kes meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke pusat kesihatan.

Tiga daripada korban terbabit berada di Selangor manakala seorang di Negeri Sembilan..

Sejak minggu lepas, purata 5.6 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 3.9, yang menunjukkan trend menurun.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 35,848 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Setakat semalam juga sebanyak 1,459 pesakit Covid-19 yang sedang menerima rawatan di hospital termasuk 60 sedang mendapat rawatan rapi.

Lihat Komen
ADS