Polis menahan seorang lelaki yang didakwa mempersenda dan menghina umat dan agama Islam serta Nabi Muhammad SAW melalui satu hantaran video di media sosial dan meremannya selama empat hari.

Dia ditahan di rumahnya di Puchong, Selangor semalam, dan akan dikurung di lokap balai polis daerah Dang Wangi sehingga 21 Julai ini.

Penghantar makanan itu, 39, disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan suasana tidak harmoni berdasarkan agama.

Dalam video berdurasi 36 saat itu, dia didakwa menghina Allah, Nabi Muhammad SAW dan Islam di Instagram.

Polis turut merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk memuat naik video berkenaan.

Polis berkata enam laporan polis telah dibuat berhubung isu itu.

Terdahulu, tular satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki mengeluarkan kata-kataberbaur penghinaan terhadap umat dan agama Islam serta Nabi Muhammad SAW.

Selain itu, tular juga beberapa rakaman video menunjukkan seorang lelaki dalam keadaan cedera pada muka dan beberapa bahagian tubuh badan dipercayai dipukul oleh beberapa individu yang tidak berpuas hati dengan tindakannya.

[Baca berita penuh]