DAP kutuk sekatan bantuan pada mangsa perang di Sri Lanka
DAP menggesa Kementerian Luar Malaysia supaya mengutuk tindakan kerajaan Sri Lanka menyekat bantuan kepada mangsa perang keturunan Tamil di negara itu, terutama kanak-kanak yang tidak berdosa.
DAP menggesa Kementerian Luar Malaysia supaya mengutuk tindakan kerajaan Sri Lanka menyekat bantuan kepada mangsa perang keturunan Tamil di negara itu, terutama kanak-kanak yang tidak berdosa.
"Kita jangan lupa bahawa mangsa perang Tamil telah dinafikan daripada menerima bantuan untuk meringankan penderitaan mereka," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan sempena Thaipusam.
"DAP mengutuk kerajaan Sri Lanka kerana enggan atau menyekat penyaluran bantuan kepada mangsa perang keturunan Tamil.
"Kita mah mangsa perang terbabit tahu bahawa kita bersimpati dengan penderitaan mereka, terutama di kalangan kanak-kanak yang tidak berdosa," tambahnya.
Menurutnya, tiada bahasa yang dapat "menceritakan kita terhadap imej-imej kamatian, kecederaan dan kemusnahan" akibat perang tersebut.
Mangsa perang
"Namun begitu, kita tidak boleh terus diam terhadap keganasan tersebut dan harus mengingati mangsa-mangsa perang yang tidak berdosa, tanpa mengira kaum dan agama," katanya.
Sementara itu, Lim berkata, kerajaan seharusnya mengiktiraf Thaipusam sebagai hari cuti am sebagai tanda menghormati penganut Hindu bagi menandakan "kemenangan kebaikan ke atas kejahatan".
Sehubungan itu, katanya, DAP kesal dengan keengganan kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi cuti am sempena sambutan Thaipusam.
Pada masa ini, Thaipusam merupakan cuti am di Wilayah Persekutuan dan Selangor.

