Isu Pulau Tekong: Kajian teknikal diperlukan
Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan pentingnya kajian teknikal dijalankan bagi mengetahui sama ada dakwaan bahawa tambakan tanah yang dilakukan Singapura di Pulau Tekong bukan sahaja menjejaskan perairan negara malah kemungkinan penyebab banjir teruk di Johor.
Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan pentingnya kajian teknikal dijalankan bagi mengetahui sama ada dakwaan bahawa tambakan tanah yang dilakukan Singapura di Pulau Tekong bukan sahaja menjejaskan perairan negara malah kemungkinan penyebab banjir teruk di Johor.
"Sebab kalau kita berdepan dengan Singapura, kalau kita tidak menunjukkan asas teknikal ini, mereka mungkin akan memberikan pendirian yang berlainan," katanya Timbalan Perdana Menteri kepada pemerita di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tempoh kajian teknikal itu akan disiapkan sebaliknya menyerahkan kepada kemampuan jawatankuasa teknikal tersebut menjalankan tugas.
Beliau menegaskan demikian ketika ditanya mengenai kerja-kerja penambakan oleh Singapura di Pulau Tekong yang sudah terlalu hampir dengan daratan Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kajian teknikal diperlukan terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang rundingan dengan republik itu.
Perairan semakin sempit
Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan kerja-kerja penambakan Pulau Tekong mengakibatkan perairan di sebelah Singapura menjadi semakin sempit dan tidak sesuai lagi digunakan untuk kapal-kapal kecil kecuali perahu nelayan tempatan.
Kerja penambakan tersebut, lapor akhbar itu dipercayai mengakibatkan kawasan Muara Sungai Johor dan Selat Johor kini menjadi semakin cetek.
Semalam, Singapura menafikan dakwaan bahawa tebusguna tanah di Pulau Tekong di republik ini sebagai penyumbang kepada banjir teruk di Johor baru-baru ini.
Sehubungan itu, Kementerian Pembangunan Negara (MND) republik itu menyifatkan dakwaan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengenai perkata itu sebagai "tidak berasas".
Selasa lalu, Abdul Ghani mendakwa , tebusguna tanah itu telah menyebabkan muara Sungai Johor telah sempit dan melambatkan pengaliran air hujan yang berlebihan ke Selat Johor.
Sementara itu, dalam ucapan perasmian persidangan antabangsa itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, orang Melayu dianggap sebagai bangsa pemalas dan mundur akibat dasar penjajah yang meminggirkan mereka sepanjang tempoh penjajahan.
Bagaimanapun, katanya, tanggapan terhadap orang Melayu itu sudah mula terhakis sedikit demi sedikit apabila mereka menerima banyak pengiktirafan.

