Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Polis sekat penunjuk perasaan berarak ke Dataran Merdeka

Pihak berkuasa cuba menghalang 100 penunjuk perasaan jalanan daripada berarak ke Dataran Merdeka.

Kumpulan yang menggelarkan dirinya sebagai Gerakan Turun, berkumpul di luar kompleks beli-belah Sogo hari ini menuntut Putrajaya bertindak untuk menangani kenaikan harga barang.

Pihak penganjur berucap di luar kompleks beli-belah Sogo selama setengah jam sebelum cuba berarak ke Dataran Merdeka.

Aktivis pelajar, ahli politik belia, dan sekurang-kurangnya seorang wakil rakyat, Ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid bergilir-gilir menyampaikan pidato kepada penyokong mereka.

Bekas setiausaha agung Muda Amir Abdul Hadi mengingatkan orang ramai tentang bagaimana segelintir wakil rakyat baru-baru ini menikmati kenaikan gaji, di tengah-tengah kesusahan rakyat berhadapan kenaikan kos sara hidup.

"Adakah adil bila rakyat sangat perit, kita kemudian mendengar berita menteri mendapat kenaikan gaji? Macam mana ini adil?," tegasnya.

Dewan Undangan Negeri Sabah baru-baru ini telah meluluskan kenaikan gaji untuk semua wakil rakyat, manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed dilaporkan berkata usaha penjimatan kerajaan persekutuan tidak akan melibatkan pemotongan elaun yang dinikmati oleh penjawat awam atau menteri kanan.

Kedua-dua timbalan pengerusi DAP Johor Sheikh Omar Ali dan ketua Pemuda PKR yang baru dipilih Adam Adli turut menyuarakan sentimen yang sama dalam ucapan mereka, mendakwa kerajaan tidak bertindak terhadap tuntutan rakyat.

Pada masa penerbitan, penganjur tidak cuba melepasi hadangan polis.

Mereka mengemukakan lima tuntutan kepada kerajaan iaitu gaji menteri dipotong, subsidi kerajaan diteruskan, menyampaikan bantuan sewajarnya kepada rakyat, mengawal harga barang dan menangani isu keselamatan makanan.

Pihak berkuasa dengan pantas membentuk sekatan manusia untuk menghentikan percubaan perarakan, mendorong penyokong berkumpul di atas jalan.

Ditemui kemudian, Setiausaha Agung Muda Amira Aisha Abdul Aziz berkata rundingan ringkas antara penganjur dan polis akhirnya membawa kepada persetujuan untuk perhimpunan itu berlangsung selama 15 minit lagi, dengan lebih banyak ucapan.

Penceramah terakhir, Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Aliff Naif Mohd Hizam menggesa generasi muda supaya tidak takut dan bangkit menentang ketidakadilan.

"Walaupun ada risiko, kami tidak takut. Pelajar bersama rakyat," kata Aliff.

Penganjur kemudian mengumumkan perhimpunan bersurai pada jam 3 petang di bawah pengawasan rapi daripada polis.

Lihat Komen
ADS