Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kecewa Putra sertai GTA, naib presiden keluar parti
Diterbitkan:  Aug 10, 2022 11:04 AM
Dikemaskini: 11:04 AM

Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Datuk Hamidah Osman mengumumkan keputusan keluar daripada parti tersebut serta-merta hari ini selepas kecewa dengan tindakan parti tersebut yang menyertai Gerakan Tanah Air (GTA).

“Saya berasa amat sedih dan kecewa dengan keputusan presiden parti untuk menyertai GTA dan bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Demi prinsip dan tanda saya hilang kepercayaan kepada presiden dan kepimpinan parti yang telah bertindak untuk bekerjasama dengan Tun (Dr Mahathir) maka saya ingin melepaskan semua jawatan saya di dalam Putra serta keluar daripada parti itu serta-merta,” katanya dalam sidang media hari ini.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat itu berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik dan akan meneruskan perjuangan Tanah Rizab Melayu di atas satu platform yang sesuai misalnya dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan.

Pada 4 Ogos, Dr Mahathir yang merupakan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengumumkan penubuhan GTA, merangkumi beberapa parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

- Bernama

Lihat Komen
ADS