Tanggungjawab lebih penting dari kebebasan media, kata KP Ikim
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas berkata menurut pandangan Islam, tanggungjawab adalah lebih penting daripada kebebasa akhbar dan kebebasan bersuara.

Oleh itu, katanya, pengamal media perlu sentiasa menitikberatkan tanggungjawab kepada awam terlebih dahulu, sebelum mereka memutuskan untuk menerbitkan sebuah berita itu.
"Bagi industri media, tanggungjawab amat penting. Anda patut ramalkan akibat daripada berita itu. Adakah ia baik untuk masyarakat?
"Adalah tidak memudaratkan untuk merahsiakan maklumat tertentu bergantung kepada keadaan," katanya dalam laporan Bernama.
Beliau menegaskan demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk "Kebebasan Media dan Kebebasan Bersuara Dalam Islam" anjuran Bernama di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau juga menyifatkan media yang melaporkan berita mengenai percerian sebagai tidak bertanggungjawab.
Bukan tatapan umum
Katanya, ia kerana perkara mengenai perceraiaan bukanlah bukan untuk tatapan umum.
Pengamal media, katanya, tidak patut membenarkan pasaran untuk menentukan etika dan moral tetapi mereka perlu mendefinisikan etika dan moral untuk pasaran.
"(Dalam melaporkan kes perceraian) semuanya didedahkan. Semua butiran intim didedahkan untuk tatapan umum hanya kerana mereka mahu menjual surat khabar mereka," katanya.
Beliau menegaskan demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk "Kebebasan Media dan Kebebasan Bersuara Dalam Islam" anjuran Bernama di Kuala Lumpur hari ini.
Sebaliknya, kata beliau, berita mengenai perceraian hanya untuk anggota keluarga dan bukannya untuk tatapan umum.
"Pada pendapat saya, kita tidak boleh bercakap mengenai penceraian secara terbuka. Ia memalukan. Suami kata lain dan isteri kata lain. Tergamak anda (media) laporkan dalam akhbar sewenang-wenangnya?," katanya.