Gempa bumi lemah melanda Kundasang
Diterbitkan: Aug 14, 2022 9:38 AM
Satu gempa bumi lemah berukuran 3.1 pada skala Richter dikesan melanda Kundasang, Sabah pada 7.27 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa pada jarak 13 kilometer (km) barat laut dari Ranau itu berlaku pada kedalaman 10 km.
Penilaian awal mendapati gegaran dirasai di sekitar Kundasang dan Ranau dan pihak MetMalaysia akan terus memantau keadaan.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.