Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Adun Batu Lintang keluar PSB
Diterbitkan:  Aug 14, 2022 1:09 PM
Dikemaskini: 7:08 AM

Parti Sarawak Bersatu (PSB) sekali lagi menerima tamparan apabila seorang lagi wakil rakyatnya keluar parti.

Keputusan Adun Batu Lintang, See Chee How keluar daripada PSB diumumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Mohamad Asfia Awang Nasar di Kuching hari ini.

Asfia berkata, dia menerima surat daripada See pada Jumaat lalu yang menyatakan dia bukan lagi ahli PSB.

Bagaimanapun tiada sebab dan alasan diberikan.

See merupakan Adun Batu Lintang selama tiga penggal apabila memenangi dua kali pilihan raya atas tiket PKR, manakala kemenangan ketiga bersama PSB.

Dia dipecat daripada PKR pada April 2020 dan menyertai PSB sebulan kemudian.

Pada Mac lalu, ahli parlimen Sri Aman, Masir Kujat juga mengumumkan keluar daripada PSB.

Masir memenangi kerusi parlimen semasa menjadi ahli Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan menggunakan logo BN pada pilihan raya 2018.

Usaha untuk mendapatkan maklumbalas See tidak berhasil.

Sementara itu, Presiden PSB, Wong Soon Koh berkata pihaknya berpegang kepada komitmen See yang dinyatakan secara lisan dan bertulis sebelum dia dicalonkan sebagai calon Batu Lintang.

“Ini termasuk aku janji untuk membayar pampasan kepada parti jika beliau memilih untuk meletakkan jawatan selepas memenangi kerusi sebagai calon PSB.

“Ia juga termasuk aku janji untuk melepaskan jawatannya sebagai Adun sekiranya beliau meletakkan jawatan daripada PSB selepas memenangi kerusi itu.

"See adalah seorang peguam kanan dan dia tahu komitmen secara bertulis yang diberi sebelum dia diberi surat watikah untuk mewakili PSB pada pilihan raya Sarawak lalu," kata Wong.

Lihat Komen
ADS