Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pencarum LTAT ditawar pengeluaran khas sehingga RM500
Diterbitkan:  Aug 17, 2022 10:34 PM
Dikemaskini: 2:38 PM

Pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ditawarkan pengeluaran khas Jubli Emas LTAT) secara ‘one-off’ sehingga RM500, demikian diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata penawaran itu merupakan hasil inisiatif transformasi LTAT susulan kelulusan pindaan Rang Undang-Undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2022 di Dewan Negara, baru-baru ini.

Katanya, permohonan pengeluaran berkenaan boleh dibuat melalui aplikasi MyWira mulai 10 Okt ini hingga 10 Dis ini dan bayaran fasa pertama akan dibuat pada 19 hingga 23 Dis.

"Penawaran ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada jasa serta pengorbanan warga Mindef (Kementerian Pertahanan) khususnya pencarum,” katanya selepas melancarkan sambutan Jubli Emas ke-50 LTAT di Auditorium Wisma Pertahanan, di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, hasil pindaan rang undang-undang yang diluluskan 11 Ogos lepas, ia telah membolehkan LTAT menambah baik dan memperkukuh empat aspek penting kepada anggota tentera dan LTAT sendiri.

Katanya, ia termasuk perlindungan sosial pencarum, tadbir urus dan pelaburan LTAT dan dividen.

Selain itu, Hishammuddin juga mengumumkan sumbangan dana tambahan sebanyak RM2 juta kepada LTAT sempena sambutan Hari Pahlawan 2022 daripada lima syarikat tempatan iaitu Dhaya Maju Infrastructure Asia Sdn Bhd, Affin Bank Berhad, Boustead Holdings Berhad, Pharmaniaga Berhad dan LBS Foundation.

Dalam konteks kesiapsiagaan, katanya, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menerima dua lagi pesawat CN235 bulan depan dengan satu daripada tiga pesawat itu sudah ditempatkan di bawah No. 1 Skuadron di Pangkalan Udara Kuching.

- Bernama

Lihat Komen
ADS