Umno: Kertas siasatan pada hakim Nazlan sah atau tidak?
Umno menuntut penjelasan sama ada dokumen bocor yang didakwa sebagai kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sah atau tidak.
“Pihak Jabatan Peguam Negara perlu mengumumkan sekiranya akan ada tindakan lanjut bagi kertas siasatan tersebut,” kata setiausaha agung Ahmad Maslan.
Tuntutan itu dikemukakan selepas mahkamah menolak permohonan Najib Razak bagi mengemukakan bukti baru dalam pendengaran rayuan kes rasuah RM42 juta melibatkan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.
Dia mendakwa terdapat konflik kepentingan melibatkan Nazlan sebagai hakim perbicaraan.
Kebocoran maklumat itu didedahkan oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin yang beroperasi dari luar negara.
Jabatan Peguam Negara pada Mei lalu mengesahkan telah menerima dan sedang meneliti kertas siasatan membabitkan dakwaan wang RM1 juta dalam akaun Nazlan yang tidak dapat dijelaskan.
Nazlan membuat laporan polis berhubung dakwaan itu.
Dalam kenyataan media sebentar tadi, Ahmad menegaskan bahawa integriti institusi negara perlu dilindungi.
Juster, katanya, Umno berharap SPRM dan Jabatan Peguam Negara menjelaskan kepada rakyat mengenai isu itu dalam masa terdekat.
Ahmad berkata, kertas tersebut mendakwa berlakunya kesalahan bawah Seksyen 220 Kanun Keseksaan.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/03/0a753f6c2d2f813b7e38cf4827e0a855.jpg)
