Taib belum lagi mahu lepas jawatan KM...
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih mempunyai visi untuk dilaksanakan dan ini bermakna beliau belum lagi mahu melepaskan jawatannya yang disandang sejak 26 tahun yang lalu.
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih mempunyai visi untuk dilaksanakan dan ini bermakna beliau belum lagi mahu melepaskan jawatannya yang disandang sejak 26 tahun yang lalu.
Petandanya dapat dilihat dengan jelas sewaktu majlis perasmian persidangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) oleh Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Taib memberitahu kira-kira 2,000 perwakilan bahawa beliau akan menumpukan usahanya, dalam tempoh dua tahun akan datang, untuk meningkatkan lagi penggunaan Internet di negeri itu kepada 50 peratus, berbanding 1.4 peratus sekarang.
Sebuah agensi kerajaan negeri, Sacofa dan sebuah lagi syarikat, sedang membantu merapatkan jurang digital ini, terutama luar bandar, sebagai sebahagian daripada rancangan kerajaan negeri untuk mempromosikan dasar kerajaan pusat bagi melahirkan masyarakat berilmu.
Ini ditambah pula dengan kenyataan Taib Ahad lalu bahawa adalah "terlalu awal" untuk menamakan penggantinya sekarang.
Beliau juga memberitahu, bakal penggantinya nanti tidak dipilih mengikut hirarki parti tetapi oleh kakus wakil rakyat dan senator dalam PBB.
Ini bermakna, Timbalan Presiden, Datuk Alfred Jabu and Datuk Abang Johari Tun Openg tidak semestinya menggantikan Taib sebagai ketua menteri apabila beliau bersara nanti.
Perkembangan terbaru itu mungkin turut menjelaskan peluang bekas menteri pusat, Datuk Adenan Satem dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Effendi Norwawi.
Taib berkata, perakuan akan dibuat oleh kakus tersebut mengenai calon penggantinya, yan gjuga akan secara automatik, mengambil jawatan presiden PBB.
Kesemuanya Jabu, Johari, Adenan dan Effendi menghadiri persidangan PBB itu yang berlangsung selama tiga hari di Miri.
Cetus spekulasi
Seorang perwakilan keturunan Melanau yang tidak mahu namanya disebut, memberitahu malaysiakini bahawa beliau yakin Effendi akan menjadi calon pilihan pertama untuk menggantikan Taib.
Seorang lagi penyokong kuat Effendi berkata: "Ketaatan ( (Effendi) kepada Taib tidak berbelah-bagi, dan Taib sendiri tahu."
Ketika merasmikan persidangan tersebut, Perdana Menteri turut menyebut nama Effendi sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), dan ia mendapat tepukan dari Taib.
Adenan, yang sebelum ini telah mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan naib presiden PBB, pula kelihatan girang sepanjang persidangan tersebut.
Ekoran itu, beberapa perwakilan membuat spekulasi ia mungkin kerana "ada jawatan penting yang menantinya". Berita asal

