Mahkamah Thailand gantung tugas perdana menteri
GLOBAL l Media Thai melaporkan bahawa mahkamah perlembagaan negara itu, hari ini telah menggantung Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha daripada tugas rasmi sementara menunggu kesahihan semakan undang-undang terhadap tempoh had penggalnya.
Media ThaiPBS, Khaosod dan Workpoint melaporkan keputusan mahkamah itu tanpa memetik sebarang sumber.
Reuters tidak dapat segera menghubungi pejabat perdana menteri dan pegawai kerajaan lain untuk mendapatkan pengesahan.
Mahkamah perlembagaan dijangka membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi.
Prayuth mengambil alih kuasa pada 2014 apabila dia mengetuai rampasan kuasa tentera untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih rakyat.
Timbalan Perdana Menteri Prawit Wongsuwan, 77, berkemungkinan akan menjadi perdana menteri sementara.
- Reuters
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/08/b952c7e171b27fd8a98983cbefb07d8d.jpg)
