Lepas PKR, Amanah juga bertegas tolak kerjasama PH bersama PN
Satu lagi parti induk Pakatan Harapan (PH) tampil menolak untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti.
Kali ini, Presiden Amanah Mohamad Sabu menegaskan bahawa tiada sebarang kerjasama antara PH dan PN kerana mereka adalah sebahagian daripada kerajaan.
“Tidak ada sebarang kerjasama PH dengan PN kerana mereka adalah sebahagian daripada kerajaan.
“Mungkin (Pengerusi PN) Muhyiddin (Yassin) tidak perasan dia berada di dalam kerajaan walaupun tidak lagi menjadi perdana menteri.
“Kegagalan kerajaan hari ini adalah kegagalan bersama PN dan BN,” sindir Mohamad Sabu yang merujuk kepada Langkah Sheraton pada hujung Februari 2020, yang mengakibatkan kerajaan PH tumbang.
Kenyataannya yang dimuatnaik di media sosialnya itu dibuat selepas Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata, parti itu tidak akan menjalinkan sebarang kerjasama dengan PH dalam PRU15, termasuk cadangan mewujudkan "khemah besar".
Kenyataan Takiyuddin itu dilihat bercanggah dengan pendirian Muhyiddin baru-baru ini yang membayangkan hasrat untuk bekerjasama dengan pembangkang.
Sabtu lalu, Muhyiddin menggesa semua pimpinan parti pembangkang termasuk PH, mempertimbang rundingan dengan PN bagi menghadapi BN pada PRU15.
Muhyiddin menyarankan langkah itu bagi mengelakkan BN kembali berkuasa dan mengulangi amalan salah guna kuasa serta rasuah dalam pentadbiran negara.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli juga menolak untuk bekerjasama dengan PN.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2021/10/bfa3b95168e22e3d7701cda638973120.jpg)

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/06/e73eb044df5d30104288b70fd87f5f03.jpg)
/file/1276/04fc0de7a85f5b8dc532a9802f19df04.jpeg)
/file/1150/aeb36b1d5c8d6a6c10b6e6f63133b9d0.jpeg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2019/08/95b07403b5c525454de9bf09c5146d37.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/06/c6725a4652077336101d07ac1ec5f015.jpg)