Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images

Selepas dua tahun diraikan tanpa kemeriahan akibat pandemik Covid-19, sambutan Hari Kebangsaan 2022 tahun ini kembali diwarnai keceriaan dan kibaran Jalur Gemilang oleh puluhan ribu orang ramai di Dataran Merdeka.

Sambutan tahun ini juga menyaksikan pembabitan lebih 20,000 peserta persembahan dan perarakan, 76 haiwan dalam perkhidmatan, 369 aset darat dan 68 aset udara daripada pelbagai agensi.

Dataran Merdeka merupakan mercu tanda bersejarah yang menyaksikan pengibaran Jalur Gemilang buat pertama kali pada 31 Ogos 1957.

Kenderaan perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membuat lintas hormat pada Sambutan Hari Kebangsaan 2022. Foto Hakimi Abdul Manaf.
Kontinjen pembawa Jalur Gemilang daripada anggota Kadet Remaja Sekolah (KRS) pada acara dan perbarisan sambutan Hari Kebangsaan 2022. Foto Azneal Ishak. 
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menaiki Kereta Penarik Diraja sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka. Foto Mukhriz Hazim.
Kontinjen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan persiapan ketika sambutan Hari Kebangsaan 2022. Foto Azneal Ishak.
Suasana orang ramai membanjiri pekarangan Dataran Merdeka yang pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 hari ini. Foto Hakimi Abdul Manaf.
Peserta kontinjen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberi lintas hormat sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022. Foto Mukhriz Hazim.
Seramai 600 pelajar dari 24 sekolah sekitar negeri Selangor melakukan pergerakan formasi sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022. Foto Azneal Ishak. 

Seramai 60 pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan kadet pelatih dari Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia membawa Jalur Gemilang ketika raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2022. Foto Hakimi Abdul Manaf.
Petugas barisan hadapan Covid-19 mendapat tepukan gemuruh ketika kontinjen berarak melepasi orang ramai semasa perarakan Hari Kebangsaan. Foto Hakimi Abdul Manaf. 
Seramai 600 pelajar dari 24 sekolah sekitar negeri Selangor melakukan pergerakan formasi sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022. Foto Mukhriz Hazim. 
Helikopter kontinjen keselamatan mendahului lintas hormat udara pelbagai agensi pada sambutan Hari Kebangsaan 2022. Foto Azneal Ishak. 
Kontinjen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan persiapan ketika sambutan Hari Kebangsaan 2022. Foto Mukhriz Hazim

Lihat Komen
ADS