Fahmi: Muda belum kemuka permohonan untuk sertai PH
Nota editor: Artikel ini telah dikemas kini untuk mencerminkan kenyataan Fahmi secara lebih tepat.
PH belum menerima permohonan dari Muda untuk menyertai gabungan itu, kata Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil.
Fahmi juga berkata hasrat Muda itu juga belum dibincangkan dalam Majlis Presiden PH.
Justeru, katanya, pada masa ini Majlis Presiden lebih memberi tumpuan kepada soal rundingan kerusi dalam persediaan menghadapi PRU15.
"Setakat ini Majlis Presiden belum bincang isu ini, setakat mesyuarat terakhir.
"Saya secara peribadi baru tahu tentang niat Muda buat permohonan ini dari media. Jadi setakat ini kita belum ada apa-apa dari segi hitam putih yang dah saya lihat sendiri,” katanya dalam sidang media hari ini, ketika ditanya sama ada PH telah membincangkan perkara itu.

Semalam, Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata parti itu sudah menyampaikan hasrat untuk menyertai PH.
Menurutnya, rundingan tidak rasmi berhubung perkara itu telah diadakan dengan pimpinan PH.
Ditanya bila permohonan itu akan dibincang, Fahmi tidak dapat memberikan tarikh pasti tetapi hanya berkata “Majlis Presiden akan bertemu lebih kerap” memandangkan PRU15 dilihat semakin hampir.
Berhubung rundingan kerusi, dia berkata secara prinsipnya, mereka bersepakat bahawa sesebuah kerusi kekal dengan parti yang bertanding dan hanya kerusi ditinggalkan Bersatu akan dirunding sesama sendiri.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/08/40810d0a9ad571a60213519813195ed7.jpg)

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/08/b735047d8fbe56ae274fe4c317412e4c.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/03/aa03023e240f191c299d568cea76fef6.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/09/f99e179c91e06e4795fe7e50964f9dd8.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/07/fc038aa2dd9f2e41a963014d559bc0b9.jpg)