Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lelaki mati dalam tahanan di lokap Shah Alam
Diterbitkan:  Sep 13, 2022 9:56 AM
Dikemaskini: 3:33 AM

Seorang lelaki meninggal dunia ketika dalam tahanan di lokap berpusat di Shah Alam, Selangor pada awal pagi 11 Sept.

Polis berkata lelaki berusia 33 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan terbaring pada 4.59 pagi hari itu.

Menurut polis, pasukan perubatan kecemasan telah dipanggil dan lelaki itu disahkan meninggal dunia sekitar 5.20 pagi.

Mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang untuk bedah siasat, yang dijalankan pada 12 Sept.

“Setakat ini, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), serta Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes berkenaan,” kata ketua komunikasi korporat polis A Skandaguru dalam satu kenyataan, semalam.

Lelaki itu pertama kali ditahan pada 29 Julai 2022 mengikut Seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya (1952) dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Kes itu merupakan kematian dalam tahanan ke-20 tahun ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS