Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Potong barisan: Polis saman kereta exco Johor
Diterbitkan:  Sep 17, 2022 8:30 AM
Dikemaskini: 12:30 AM

Kenderaan yang dikhaskan untuk kegunaan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon hari ini dikenakan tindakan saman kerana memotong barisan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata pemandu kenderaan warna hitam Jenis Toyota Camry bernombor pendaftaran JDT 9 itu telah dipanggil pada 3.30 petang semalam atas kesalahan tersebut.

Beliau berkata pihaknya menerima video tular mengenai kejadian itu pada 11 malam, Rabu lepas.

"Siasatan yang dijalankan mendapati kesalahan tersebut berlaku di Jalan Tongkang Pechah di Batu Pahat pada 9.45 pagi, Isnin lepas.

"Hasil semakan mendapati kenderaan itu milik Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang dikhaskan penggunaan kepada Yang Berhormat Ling Tian Soon, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Yong Peng," katanya dalam kenyataan semalam.

Kes disiasat mengikut Peraturan 6(1) Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 (Rule 6(1) LN 166/59).

Terdahulu, video berdurasi 24 saat memaparkan tindakan sebuah kereta milik exco kerajaan negeri yang menggunakan laluan kecemasan ketika keadaan jalan sesak dipercayai di Tongkang Pechah telah tular di media sosial.

- Bernama

Lihat Komen
ADS