Kenyataan bekas peguam negara Tommy Thomas bahawa kerajaan hari ini sebagai “kerajaan didominasi Melayu yang gagal" sebagai prejudis, tidak tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif, kata Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.

Kata Zahid,  mana-mana parti politik tidak boleh mengabaikan etnik yang membentuk majoriti dalam apa-apa keputusan politik dan pembentukan kerajaan.

"Beliau menyatakan ‘kegagalan kerajaan Melayu’ ketika ini didominasi oleh orang Melayu. Beliau memuji kerajaan PH pula sedangkan kerajaan PH 22 bulan dahulu ditadbir juga oleh orang Melayu. Malah ramai mereka kini berada dalam kerajaan PN.

"Mereka ini bukan sahaja Melayu, terdapat juga etnik India, Cina dan Dayak. Maknanya Tommy Thomas terlalu obsess, prejudis hingga melabel-label etnik Melayu tanpa melihat perspektif yang menyeluruh dan luas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zahid yang juga presiden Umno berkata demikian ketika mengulas kenyataan Thomas yang mencadangkan pembangkang menggunakan isu “kerajaan didominasi Melayu gagal" dalam PRU15.

Thomas membuat kenyataan tersebut dalam forum di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Berdasarkan beberapa laporan media, Thomas berkata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad meletakkan  jawatan pada 2020 atas tanggapan kerajaan pada masa itu "tidak cukup Melayu", yang kemudiannya disusuli dengan kerajaan diketuai Perikatan Nasional (PN) dan BN.

Bagaimanapun, dia Thomas dua setengah tahun selepas PH tumbang dan ditadbir oleh dua kerajaan yang “didominasi pimpinan Melayu”, apa yang didapati olehnya dan pengundi Melayu adalah pencapaian yang tidak memuaskan.

Sementara itu, Zahid juga membangkitkan berkata sikap Thomas itu bukan baru dan dinyatakan dalam bukunya sebelum ini.