Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ringgit tak akan diikat pada dolar AS
Diterbitkan:  Sep 23, 2022 2:12 PM
Dikemaskini: 7:50 AM

Malaysia tidak akan mengikat ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS), walaupun mata wang itu diniagakan terendah dalam tempoh hampir 24 tahun.

Nilai ringgit jatuh hampir 90 peratus tahun ini, selari dengan kejatuhan pasaran mata wang yang sedang meningkat naik, susulan pengukuhan dolar.

Gabenor Bank Negara Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata keutamaan sekarang ialah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi dalam persekitaran harga yang stabil.

Nor Shamsiah Mohd Yunus

Selain itu, katanya, Bank Negara juga akan terus mengukuhkan asas-asas ekonomi melalui reformasi struktural, lapor Reuters.

Ringgit diniagakan pada harga 4.568 sedolar hari ini. 

Semalam mata wang negara jatuh kepada  4.569, terendah sejak Januari 1998.

Pada 1998 semasa krisis ekonomi Asia, Malaysia mengikat ringgit pada harga RM3.8 untuk sedolar AS. Dasar itu ditarik balik pada 2005.

Lihat Komen
ADS