Penulis buku Mac 8' pohon perintah mahkamah
Penulis buku bahasa Tamil bertajuk "Mac 8" berhubung insiden di Kampung Medan hari ini memohon pengisytiharan mahkamah bahawa larangan kerajaan terhadap penerbitan, penjualan dan pengedaran buku tersebut adalah tidak sah dan batal.

P
erintah larangan tersebut dibuat pada 21 November 2006. Kejadian rusuhan pada tahun 2001 itu mengakibatkan enam penduduk kampung terbunuh.
K Arumugam, memohon pengisytiharan tersebut melalui saman pemula yang difailkannya di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, melalui Tetuan Chooi&Company hari ini.
Beliau menamakan menteri dan timbalan menteri berkenaan serta kerajaan sebagai responden.
Arumugam turut menuntut gantirugi, faedah sebanyak lapan peratus setahun dan lain-lain relif yang ditentukan oleh mahkamah.
Dalam afidavitnya, Arumugam berkata, ia merupakan kejadian sebenar yang berlaku di Kampung
Medan berdasarkan maklumat yang dikumpulnya hasil temuramah dengan saksi insiden itu.
Arumugam pernah tinggal di Kampung Medan selama 10 tahun sejak tahun 1974 hingga 1984. Edisi pertama buku itu diterbitkan pada 8 April 2006.