Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Umno terima peletakan jawatan Zulhasnan sebagai pengerusi lembaga disiplin
Diterbitkan:  Oct 1, 2022 12:12 AM
Dikemaskini: 4:17 PM

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menerima peletakan jawatan Zulhasnan Rafique sebagai pengerusi Lembaga Disiplin Umno, kata setiausaha agung parti itu, Ahmad Maslan.

Justeru katanya, MKT Umno merakamkan ucapan penghargaan atas khidmat yang telah diberikan Zulhasnan.

"Sebagai penggantinya, mesyuarat bersetuju untuk melantik Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun sebagai pengerusi Lembaga Disiplin Umno yang baru,” katanya ketika sidang media yang diadakan malam ini.

Ahmad berkata demikian ketika mengumumkan keputusan mesyuarat MKT Umno yang diadakan di Ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur malam ini.

Dalam pada itu Ahmad juga memaklumkan bahawa MKT Umno membuat keputusan memecat Zaharin Mohd Yasin daripada menjadi ahli parti itu berkuat kuasa serta merta.

Ahmad berkata pemecatan itu dibuat mengikut Fasal 10.6 yang dibaca bersama Fasal 5.9 kerana melanggar etika ahli Umno di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan Umno.

Bagaimanapun Ahmad tidak menyebut mengenai sebab pemecatan berkenaan.

Untuk rekod, Zaharin atau lebih dikenali sebagai Sang Kelembai sebelum ini merupakan seorang blogger yang dilihat lantang mengkritik kepimpinan Umno secara terbuka.

Lihat Komen
ADS