Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib dinamakan sebagai antara lima calon parlimen Pekan
Diterbitkan:  Oct 13, 2022 11:36 AM
Dikemaskini: 3:42 AM

Najib Razak kekal sebagai antara lima calon yang diketengahkan untuk parlimen Pekan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Ketua Umno bahagian Pekan, Zamri Ramly.

Katanya, nama-nama berkenaan akan diserahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk keputusan muktamad.

Dia juga menolak spekulasi sebelum ini bahawa bahagian itu akan menamakan dua anak Najib, Nizar atau Nooryana Najwa, bertanding di kerusi berkenaan.

“Tidak ada perancangan meletakkan anak Datuk Seri Najib untuk bertanding di parlimen Pekan jika beliau tidak layak bertanding.

“Sebaliknya, sesiapa yang dipilih bertanding di situ nanti akan menyerahkan kembali kerusi Parlimen Pekan kepada Datuk Seri Najib selepas mendapat pengampunan,” katanya yang dipetik portal Utusan Malaysia.

Portal itu turut melaporkan Zamri bagaimanapun enggan mendedahkan empat nama selain Najib yang menawarkan diri bertanding di Pekan pada PRU15 ini.

Najib yang juga penyandang kerusi itu sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman ke atasnya berhubung kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Pada PRU14, Najib menang kerusi Pekan dengan majoriti besar 24,859 undi mengatasi tiga lagi pencabarnya.

Lihat Komen
ADS