Beri perlembagaan pada Umno Pekan, sindir Anwar
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mencadangkan Umno Pekan, Pahang dibekalkan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Sindiran itu dibuat setelah bahagian Umno itu menamakan Najib Razak yang sedang merengkok dalam penjara sebagai calon BN dalam pilihan raya umum akan datang.
“Ya, tapi kita kena hantar (pada) dia buku perlembagaan,” kata presiden PKR.
“Dia kena faham.”

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Anwar juga berkata peguam Umno patut menasihati Umno Pekan susulan pendirian itu.
Timbalan Ketua Umno bahagian Pekan, Zamri Ramly dilaporkan berkata Najib kekal antara lima calon yang diketengahkan untuk parlimen itu
Dia juga menolak spekulasi sebelum ini bahawa bahagian itu akan menamakan dua anak Najib, Nizar atau Nooryana Najwa, bertanding di kerusi berkenaan.
Najib sebagai penyandang kerusi itu sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana terlibat dalam tujuh kesalahan rasuah.
/file/1133/07cb78358b540dfaed2ca28decc97ef0.jpeg)
