Hanipa nafi faktor kesihatan penghalang jadi calon
Penyandang parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin menafikan spekulasi yang mengatakan kesihatannya menjadi faktor dia mungkin tidak dicalonkan untuk mempertahankan kerusi parlimennya.
Dalam satu kenyataan media semalam, Hanipa berkata, dia bersedia jika dicalonkan sekali lagi.
Pada masa sama, kata Hanipa, dia juga bersedia jika tidak dicalonkan.
"Jujurnya,saya sentiasa bersedia insyaAllah jika dicalonkan semula oleh parti kerana saya tahu saya masih mampu lagi untuk berkhidmat dan saya juga bersedia insyaAllah jika sebaliknya yang berlaku.
"Saya percaya kepada kebijaksanaan parti Amanah yang sudah tentu menjadikan faktor 'winnibility' (boleh menang) sebagai faktor utama dan dominan untuk dipilih menjadi calon -- setakat saya
selalu diberitahulah kecuali polisi itu telah bertukar sekarang
"Saya juga tidak rasa pemimpin Amanah yang amat berpengalaman terlalu naif dalam isu pemilihan calon, lalu ingin terlibat dalam ujikaji 'trial dan error' dalam proses pencalonan di
pilihan raya yang presiden Umno katakan 'ibu segala pilihan raya'," katanya.
Amanah sepatutnya telah memuktamadkan senarai calon mereka untuk pilihan raya umum (PRU) ke-15 semalam.
Dilaporkan sebelum ini bahawa semasa mesyuarat tertutup sehari sebelum itu, pencalonan Hanipa dalam pilihan raya dikatakan telah ditolak atas sebab kesihatan, dan Hanipa dikatakan menerima alasan itu.
Dalam kenyataannya semalam, bagaimanapun, Hanipa berkata dia hampir ketawa apabila membaca kesihatannya disebut sebagai alasan untuk menolaknya sebagai calon.
"Ya, benar saya pernah dua kali 'collapsed' semasa menjalankan tugas. Maka atas dasar itu dispekulasikan sekarang saya pun tidak sihat.
"Agak lucu juga alasan kesihatan ini kerana seolah-olah ramai dari para pemimpin parti politik tanpa mengira parti politik, semuanya sihat wal afiat dan segar bugar.
"Yang lagi lucu dalam keadaan saya dikatakan tidak sihat saya boleh dikatakan mengambil bahagian yang agak aktif berbahas di dalam parlimen apatah lagi perbahasan hampir semua RUU menyentuh pelbagai genre undang-undang," katanya.
Selain itu, pemimpin Amanah itu juga menyorot bahawa dia malah diminta mewakili partinya dalam jawatankuasa pilihan khas bipartisan bagi menggubal undang-undang anti lompat parti.
/file/1128/3d0013026f88bafa27d3b7fb01e03be7.jpeg)
