Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Laporan siasatan buku Tommy Thomas kini didedahkan
Diterbitkan:  Oct 21, 2022 9:58 PM
Dikemaskini: 1:58 PM

Laporan siasatan Putrajaya terhadap buku bekas peguam negara Tommy Thomas kini boleh diakses secara terbuka di laman web Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri.

Langkah itu dibuat kira-kira seminggu selepas perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob mengumumkan laporan itu akan dinyahklasifikasi berikutan keputusan yang dibuat kabinet pada 30 Sept lalu.

Laporan itu - tersedia untuk dilihat dalam format PDF - adalah dalam bahasa Inggeris dan mengandungi 225 muka surat.

Disember tahun lalu, kabinet menubuhkan pasukan petugas untuk menyiasat buku Thomas bertajuk My Story: Justice in the Wilderness.

Buku itu merangkumi tugas Thomas sebagai peguam negara dari 2018 hingga 2020.

Antara lain, dia membincangkan mengenai pelantikan hakim, dakwaan campur tangan eksekutif dalam badan kehakiman dan tuntutan pendakwaan terpilih.

Pada 30 Sept lepas, Ismail Sabri mengumumkan kabinet telah mengarahkan agensi penguatkuasaan bertindak mengikut cadangan yang terkandung dalam laporan siasatan.

Ini termasuk menyiasat Thomas di bawah Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta SPRM 2009.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS