Covid-19: 2,256 kes baru, 3 lagi kematian
Sebanyak 2,256 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam.
Kes aktif kini berjumlah 26,526, meningkat 14.7 peratus berbanding 14 hari lalu.
Jumlah kes jangkitan baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:
Selangor (690)
Kuala Lumpur (612)
Perak (211)
Sabah (125)
Pulau Pinang (107)
Negeri Sembilan (81)
Sarawak (79)
Melaka (70)
Kedah (69)
Kelantan (52)
Johor (51)
Pahang (46)
Putrajaya (31)
Terengganu (23)
Perlis (9)
Tiga lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam di Negeri Sembilan (2) dan Selangor (1).
Sejak Mac 2020, sebanyak 36,440 kematian akibat Covid-19 direkodkan di seluruh negara.
Sebanyak 66 kematian Covid-19 dilaporkan setakat bulan ini, berbanding 158 kematian pada bulan lepas dan 247 kematian pada Ogos.
Sementara itu seramai 1,054 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital dengan 47 daripadanya di masukkan ke unit rawatan rapi (ICU).
Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (83) diikuti Sabah (72) dan Johor (53).
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/07/b42d8ee74c3e0bd9875f89637aa7fae1.jpg)
