Kes Canny Ong: rayuan Ahmad Najib gagal
Ahmad Najib, 31, gagal dalam rayuannya terhadap hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya selepas didapati bersalah merogol dan membunuh penganalisa IT Canny Ong Lay Kian lima tahun lalu.
Ahmad Najib, 31, gagal dalam rayuannya terhadap hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya selepas didapati bersalah merogol dan membunuh penganalisa IT Canny Ong Lay Kian lima tahun lalu.
Ahmad Najib didapati bersalah dan telah dijatuhkan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Februari 2005 kerana membunuh Canny. Dia juga dijatuhkan dihukum penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan kerana merogolnya.
Perbicaraan itu mendapat publisiti meluas dan mengejutkan negara dengan kisah pencolekan, rogol dan bunuh mayat Canny dicampak ke dalam sebuah lurang berukuran 3x3x3 kaki, sebelum dibakar.
Panel hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Aziz Mohamed (kini hakim Mahkamah Persekutuan), Datuk Mohamed Ghazali Mohamed Yusof dan Datuk Azmel Ma'amor (kini seorang hakim Mahkamah Persekutuan) sebulat suara menolak rayuan Ahmad Najib bagi mengetepikan sabitan, hukuman mati dan penjara kerana melakukan kesalahan tersebut di batu 7, Jalan Klang Lama, antara jam 1 pagi dan 5 pagi 14 Jun 2003.
Menurut laporan Bernama, Ahmad Najib, 31, yang memakai kemeja corak dam hitam putih dan seluar hitam, kelihatan tenang bila mahkamah mengumumkan keputusan itu.
Hakim Abdul Aziz berkata bukti keadaan sekeliling menunjukkan bahawa Ahmad Najib, dan tidak ada orang lain, yang merogol dan membunuh Ong, 29.

