MA63: Asas pelaksanaan sudah diletakkan Warisan pada 2018
Kerja asas untuk melaksanakan terma Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah dilaksanakan oleh Warisan pada 2018, kata ketua kakitangan kepada presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal.
Dalam kenyataan hari ini, Benedict Mansul berkata Mohd Shafie sudah mengarahkan mendiang VK Liew - yang merupakan menteri undang-undang ketika itu - untuk memulakan usaha melaksanakan MA63.
Mansul yang merupakan salah seorang pegawai Liew ketika itu berkata, kerajaan persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH), kerajaan Warisan di Sabah dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mencapai kata sepakat mengenai 17 daripada 21 isu dalam tempoh 17 bulan saja.
“Usaha untuk meneliti pelaksanaan MA63 oleh Kerajaan Persekutuan ini diterajui sepenuhnya oleh Warisan melalui portfolio mendiang Liew.
“Kejayaan tiga kerajaan mencapai kata sepakat dalam 17 daripada 21 isu ini jelas menunjukkan kerajaan negeri Sarawak dan GPS yang ketika itu menjadi pembangkang tidak ragu-ragu dengan usaha yang dilakukan oleh Warisan berhubung MA63, " katanya.
Mansul berkata demikian sebagai menjawab artikel disiarkan FMT yang memetik penganalisis mendakwa Warisan mendorong agenda Borneo bloc untuk mengambil kira kejayaan Sarawak mendapatkan beberapa konsesi daripada Putrajaya sejak kebelakangan ini.
Kempen Warisan untuk pilihan raya Parlimen akan datang telah banyak bergantung pada idea Borneo bloc yang melibatkan Warisan dan GPS.
Kedua-dua parti gabungan itu tiada ibu pejabat di Kuala Lumpur.
Ini tidak seperti BN Sabah dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dua gabungan utama di Sabah.
GRS terdiri daripada parti-parti yang berada dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.
Mansul mempersoalkan bahawa tanpa ikatan umbilical ke Semenanjung Malaysia akan membenarkan cadangan Borneo bloc, Sabah dan Sarawak dapat membantu antara satu sama lain dan bebas daripada manipulasi Putrajaya.
"Oleh itu, andaian bahawa Warisan ingin menggunakan kejayaan GPS sebagai modal politik adalah salah sama sekali kerana GPS juga sedar bahawa blok Borneo adalah penting untuk melaksanakan sepenuhnya MA63," katanya.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/02/7672c64791f9e8adf2167b44537139af.jpg)
