Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini tersipu-sipu apabila ditanya soalan yang mungkin tidak diduganya sama sekali.

Di tengah-tengah persoalan mengenai skandal rasuah dan prestasi menurun pasaran saham, seorang wartawan mengejutkan beliau apabila bertanyakan soalan tersebut.

Sebelum mengemukakan soalah tersebut, wartawan dari sebuah akhbar berbahasa Inggeris terlebih dahulu meminta Abdullah jangan marah dengan apa yang hendak disoalnya nanti.

"Apa yang beliau (wartawan) akan tanya akan membuat saya marah, itulah sebabnya dia begitu saya begitu," katanya sambil tersenyum.

Dan inilah soalannya: "Terdapat banyak khabar angin di internet yang mengatakan Datuk Seri akan berkahwin lagi. Betul ke?"

Secara seponton Abdullah dan mereka yang hadir ketawa. Perdana Menteri yang kelihatan tersipu-sipu apabila ditanyak soalan tersebut, menjawab: "Ianya hanya khabar angin, hanya khabar angin..."

Bagaimanapun, wartawan itu terus bertanya mengenai kebenaran khabar angin tersebut, dan Abdullah sekali lagi menjawab: "Ianya khabar angin, khabar angin, khabar angin, ok?"

Bertanya lagi

Ketika itu, seorang lagi wartawan mencelah untuk bertanya mengenai perbincangan antara Proton dan Volkswagen.

Selepas menjawab soalan itu, Abdullah sekali menoleh ke arah wartawan tadi dan mungkin kerana beliau dapat merasakan yang warwatan akan bertanya lagi soalan mengenai khabar angin tersebut, Perdana Menteri secara berseloroh berkata:

"Apa pulak nak tanya lagi pasal kahwin ini?"

Namun begitu, wartawan itu jelas tidak berputus asa, dan sekali bagi bertanya: "Jadi semuanya hanya khabar angin?" Berita asal

"Khabar angin, semuanya hanya khabar angin," jawab Abdullah sekali lagi.

Hadir sama di sidang akhbar tersebut ialah Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi.

Isteri Abdullah, Datin Seri Endon Mahmood meninggal dunia pada bulan Oktober 2005 kerana kanser. Menurut khabar angin di internet itu, Abdullah dikatakan jatuh hati dengan Jean Danker, bekas isteri abang Endon. Berita asal