Covid-19: 2,913 kes baru, 9 kematian
Sebanyak 2,913 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes itu meningkat kepada 4,902,964.
Kes aktif kini berjumlah 31,436, meningkat 34.2 peratus berbanding 14 hari lalu.
Kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:
Selangor (1,153)
Kuala Lumpur (611)
Perak (199)
Negeri Sembilan (155)
Pulau Pinang (140)
Sabah (134)
Kelantan (116)
Kedah (100)
Putrajaya (63)
Johor (59)
Melaka (57)
Pahang (43)
Terengganu (43)
Sarawak (37)
Perlis (2)
Labuan (1)
Sembilan lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, di mana satu kematian berlaku di luar hospital atau brought in dead (BID).
Tiga kematian dilaporkan di Negeri Sembilan (3), diikuti Johor (2), Selangor (2), Kedah (1) dan Pahang (1).
Sebanyak 101 kematian dilaporkan bulan lepas dan 158 kematian pada September.
Sementara itu seramai 1,407 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital dengan 56 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi.
Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (113) diikuti Sabah (70) dan Johor (68).
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2021/09/efee32a53ea3960c4b692393e75280e5.jpg)
