Akhirnya penduduk Kg Berembang tewas...
Selepas empat bulan bertungkus lumus mempertahankan rumah mereka, akhirnya penduduk Kampung Berembang di Ampang tewas juga hari ini kepada tekanan pihak berkuasa tempatan dan pemaju.
Selepas empat bulan bertungkus lumus mempertahankan rumah mereka, akhirnya penduduk Kampung Berembang di Ampang tewas juga hari ini kepada tekanan pihak berkuasa tempatan dan pemaju.
Hari ini, pihak pemaju berjaya merobohkan semua rumah di kampung tersebut yang wujud sejak 30 tahun yang lalu.
Pemaju dengan bantuan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), akhir membersihkan kawasan itu yang terletak kurang 10km dari Menara Berkembar yang sebelum ini didiami oleh kira-kira 470 penduduk.
Operasi tersebut bermula jam 8 pagi dan dijalankan oleh pemaju swasta dengan arahan Acmar International, sebuah syarikat tersenarai di bawah Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), pemilik tanah tersebut.
Mereka yang menjalankan kerja-kerja meroboh rumah di situ dibantu oleh pasukan polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).
Penduduk, bersama para aktivis daripada kumpulan sokongan akar umbi, Jerit dan gerakan pelajar, Dema, berkumpul di luar rumah untuk menghalangnya daripada dirobohkan.
Sepasukan kira-kira 90 anggota polis dan 69 anggota FRU mengawal di situ untuk membolehkan pemaju merobohkan rumah-rumah yang merupakan baki yang belum dirobohkan dalam operasi Isnin lalu.
Operasi itu terhenti usementara selepas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) campurtangan bagi pihak penduduk terbabit.
Semalam, rundingan antara pemaju dan penduduk dibatalkan atas arahan kerajaan negeri Selangor.
Sebelum ini, kerja merobohkan rumah terbabit dijalankan oleh MPAJ dengan bantuan Rela, polis dan FRU sebanyak empat kali pada 17, 20, 39 November dan terbaru Isnin lalu tetapi gagal untuk membersihkan keseluruhan kawasan terbabit.
Arahan mahkamah
Setiausaha Agung penaja Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan berkata, tindakan merobohkan rumah terbabit membuktikan penyalahguna kuasa oleh pihak berkuasa.
"Kita mendapat dua injunksi berasingan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menentukan masa depan tanah tersebut. Injunksi sebelah pihak itu akan didengar pada 14 Mac ini manakala injunksi sementara akan didengar pada 27 Mei. Sehingga itu, tiada siapa pun yang berhak merobohkan rumah di kampung tersebut.
"Dan di sini, kita telah menyaksikan penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis yang membantu pemaju menghalau penduduk dari rumah mereka tanpa menghormati injunksi tersebut," tambahnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Sungai Pinang, Teng Chang Khim, yang juga peguam yang mewakili penduduk terbabit, berkata injunksi tersebut hanya memberi kuasa kepada pemaju untuk menghalang penduduk setinggan membina rumah baru di kawasan itu, dan bukannya untuk merobohkan rumah yang sedia ada.
Enam ditahan
Menurut Ketua Polis Ampang Jaya, Amer Awal, polis hadir di kawasan itu untuk menjaga keamanan selepas menerima satu laporan daripada PNSB.
Turut berada di situ ialah Pengerusi Acmar International yang juga bekas Adun Morib, Datuk Samad Maharuddin. Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai kerja-kerja merobohkan rumah di situ dan sekadar berkata, beliau berada di situ untuk memantau keadaan.
Enam orang ditahan hari ini dan dua orang lagi cedera ketika pergelutan berlaku antara penduduk setinggan dengan anggota pihak berkuasa.
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua dan lima orang lagi, termasuk tiga orang penduduk, ditahan ketika cuba menghalang tindakan pemaju merobohkan rumah di kawasan itu pagi ini.
Mereka dibawa ke balai polis Ulu Klang di Taman Sri Keramat dan ke balai polis Ampang di Taman Dagang.
Menurut kenyataan PKR, mereka mungkin ditahan malam ini dan dihadapkan ke mahkamah pagi esok. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.