Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 4,711 kes baru Covid-19 semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,914,557 kes.

Ini adalah jumlah kes baharu tertinggi yang dilaporkan sejak 13 Ogos lalu.

Kes aktif kini berjumlah 34,609, meningkat 30.5 peratus berbanding 14 hari lalu.

Jumlah kes baharu berdasarkan negeri adalah seperti berikut:

  • Selangor (1,609)

  • Kuala Lumpur (1,168)

  • Perak (391)

  • Negeri Sembilan (299)

  • Pulau Pinang (232)

  • Sabah (215)

  • Melaka (149)

  • Kedah (135)

  • Kelantan (128)

  • Putrajaya (111)

  • Pahang (79)

  • Sarawak (75)

  • Johor (60)

  • Terengganu (41)

  • Labuan (14)

  • Perlis (5)

Walaupun jumlah kes semakin meningkat, namun tiada kematian dilaporkan, semalam.

Sejak wabak itu melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,480 kematian direkodkan.

Setakat ini, 1,586 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 67 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi.