Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
JPS tutup portal Infobanjir kerana masalah sistem penyejukan pusat data
Diterbitkan:  Nov 9, 2022 2:53 PM
Dikemaskini: 6:56 AM

Ketika negara bersiap sedia menghadapi lebih banyak banjir berikutan musim tengkujuh, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mendedahkan bahawa mereka terpaksa menutup portal awam dan aplikasi mudah alih Infobanjir.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Zaini Ujang, ia berikutan masalah luar jangka sistem penyejukan di Pusat Data Sektor Awam (PDSA) Enstek.

Dalam satu kenyataan, Zaini berkata kejadian pukul 7 malam itu mengakibatkan gangguan kepada semua pelayan dan aplikasi yang terletak di PDSA Enstek.

“Berdasarkan nasihat pihak Mampu (unit pemodenan pentadbiran dan perancangan pengurusan Malaysia), pihak JPS telah mengambil tindakan dengan melaksanakan shutdown server (penutupan pelayan) sehingga sistem penyejukan dibaik pulih bagi membolehkan pengoperasian kembali seperti biasa.

"Sehubungan itu, pemantauan operasi ramalan dan amaran banjir tidak dapat dilaksanakan secara optimum dalam tempoh ini," katanya.

Dalam kenyataan yang diterima pada pukul 12.53 tengah hari, Zaini berkata JPS tidak dapat memberikan garis masa yang tepat bila isu itu akan diselesaikan tetapi akan menyediakan kemas kini secara berkala.

Bagaimanapun, semakan Malaysiakini pada 1.30 petang mendapati portal itu kelihatan beroperasi, dengan kemas kini terkini pada 1 tengah hari memberi amaran bahawa air di Sungai Johor, Kota Tinggi, Johor, telah melepasi paras “bahaya”.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS