Gangguan LRT: K'jaan terbangkan pakar dari Istanbul, Toronto - Wee
Kerajaan memohon maaf kepada pengguna atas kesulitan dihadapi berikutan gangguan perkhidmatan LRT sejak semalam, kata Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong.
Pakar dari Istanbul dan Toronto telah diterbangkan ke Malaysia untuk membantu mencari punca gangguan LRT, kata Wee, lapor Bernama.
Kenyataan Wee ini menjawab kenyataan pemimpin pusat DAP Sheikh Umar Bagharib Ali yang menyoal sikap berdiam diri Wee dalam isu penggantungan operasi LRT itu.
Terdahulu, Sheikh Umar yang juga lawan Wee di kerusi parlimen Ayer Hitam, Johor berkata walaupun parlimen sudah dibubarkan, Malaysia masih mempunyai kerajaan sementara untuk mengendalikan urusan kerajaan.

Perkhidmatan LRT bermula di stesen Kelana Jaya hingga Ampang Park dijadual ditutup sementara selama tujuh hari sehingga 15 November.
Ia melibatkan 16 stesen yang kebanyakannya terletak di antara kawasan paling padat di Lembah Klang.
Stesen yang terlibat adalah Kelana Jaya, Taman Bahagia, Paramout, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinchi, dan Bangsar, Abdullah Hukum, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan Ampang Park.
Menurut Rapid KL, stesen-stesen lain akan beroperasi seperti biasa namun perkhidmatannya tamat pada jam 11 malam, iaitu kira-kira sejam lebih awal.
Semalam, ketika hujan lebat di sekitar Lembah Klang berlaku "gangguan teknikal" yang menyebabkan beberapa stesen tren di sepanjang laluan LRT Kelana Jaya ditutup.
[Berita penuh menyusul]
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/07/548f70a0295ce3886fa0dfd720afc235.jpg)
