Penerbangan Malaysia meneruskan proses rasionalisasi asetnya dengan menjual sekeping tanah pegangan bebas serta bangunan Akademi MAS kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada harga RM145 juta.

Selepas penjualan tersebut, MAS akan memajaknya semula daripada KWSP untuk tempoh lima tahun. MAS juga dibri opsyen menyambung pajakan selama lima tahun lagi.

Bernama melaporkan, urusniaga tersebut dinyatakan dalam kenyataan MAS kepada Bursa Malaysia.

Melalui proses rasionalisasi tersebut, MAS menjual aset bukan teras di bawah Pelan Pemulihan Perniagaan.

"Tunai yang dikutip akan digunakan untuk modal kerja dan usaha penstrukturan semula dan tanggungan perbelanjaan kira-kira RM2.6 juta untuk cadangan penjualan dan pemajakan semula," katanya.

Cadangan penjualan itu di jangkakan akan selesai menjelang akhir tahun.