Menolak jemputan berdebat dari calon Pakatan Harapan di Titiwangsa, bekas menteri kewangan II Johari Abdul Ghani yang mewakili BN di kawasan tersebut memberitahu tandingannya bukanlah Khalid Samad.

Dia sebaliknya berkata sama ada pengerusi PH Anwar Ibrahim atau timbalan presiden PKR Rafizi Ramli adalah tandingannya.

So what is Khalid Samad? Subject matter apa? (Apa je Khalid Samad ni? Nak debat isu apa)? Belia? Belia not relevant dengan ini (kempen).

“Tiga penggal dia jadi wakil rakyat di Shah Alam, apa (untuk) belia yang dia buat? Tak ada ... jadi tak payah (nak debat),” katanya kepada pemberita ketika melawat pesta makan malam minggu Kampung Baru di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, jadualnya padat dengan pelbagai program berkempen untuk PRU15, sambil memberitahu bahawa dia pernah berdebat dengan Rafizi secara siaran langsung mengenai isu pembentangan bajet 2023 pada bulan lalu.

Rafizi Ramli

“Panggil Anwar Ibrahim lah. Anwar Ibrahim, Rafizi ... done,” katanya apabila ditanya sama ada pesaingnya merupakan Rafizi.

Anytime. Kalau saya dah boleh duduk dengan dia depan TV satu jam setengah, because dia respect saya, saya respect dia.

“Saya nak that kind of character,” katanya. (Saya nak perwatakan sedemikian).

Sebelum ini, menerusi media sosial Ashraff Fahmy yang merupakan wakil penganjur Debat Wilayah, Johari dilihat menolak jemputan untuk hadir di sesi debat esok.

Selain isu belia, antara isu lain yang bakal dibangkitkan dalam debar tersebut merupakan tanah di Kampung Baru, peranan Johari sebagai menteri kewangan II dalam menghalang isu 1MDB sewaktu dalam Kabinet dan individu yang dia berikan sokongan sebagai perdana menteri.

Mengulas lanjut, bekas ahli parlimen Titiwangsa itu berkata tindakan individu yang menghantar surat jemputan debat itu ketika dia sedang melakukan ‘walkabout’ beberapa hari lalu sebagai tidak profesional.

“That’s not very professional. Kena profesional sikit, macam saya dan Rafizi keluar dalam dialog bajet. Kita bagi proper notis saya pun dapat proper notis.

“Sebab serious matter, soal kepentingan belia very serious matter,” katanya yang menyuarakan hasrat untuk berpolitik secara sihat dan bukannya retorik.

Selain Khalid, Johari berdepan dengan bakal berdepan dengan dua lagi calon Khairuddin Abu Hassan (Pejuang) dan Rosni Adam (Perikatan Nasional) dalam PRU15 pada 19 Nov ini.