PAS pula dakwa Umno main taktik kotor untuk rampas Ktan
PAS mendakwa Umno telah memindahkan ahli-ahlinya ke Terengganu untuk mendapatkan lebih undi dalam pilihanraya umum yang lalu dan berjaya merampas negeri itu dari tangan PAS.
PAS mendakwa Umno telah memindahkan ahli-ahlinya ke Terengganu untuk mendapatkan lebih undi dalam pilihanraya umum yang lalu dan berjaya merampas negeri itu dari tangan PAS.
Ketika membuat dakwaan tersebut, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohamad Zaki Ibrahim berkata: "Mereka membawa ahli-ahli dari Selangor dan negeri-negeri lain untuk menambah jumlah pengundi Umno."
Dan sekarang, tegasnya, Umno melakukan perkara yang sama di Kelantan dalam usahanya untuk merampas negeri itu yang kini diperintah PAS sejak 17 tahun yang lalu.
Zaki membuat dakwaan itu sebagai mengulas laporan yang memetik Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai bderkata, PAS sedang cuba memindahkan ahli-ahlinya dari kubu kuatnya ke kawasan yang tidak selamat bagi parti itu.
Khairy mendakwa, PAS telah melakukan perkara itu sejak pilihanraya umum yang lalu.
Zaki bagaimanapun berkata, Khairy membuat kenyataan itu bertujuan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada apa yang telah dilakukan oleh Umno sebelum ini.
"Khairy membuat kenyataan ini bagi menutup perbuatan Umno yang memindah pengundi dari satu tempat ke tempat lain sepertimana yang berlaku pada 2004.
"Umno telah melakukan perbuatan itu dan Khairy kini melempaskan tuduhan itu kepada PAS," katanya.
Zaki bagaimanapun menafikan yang PAS memindahkan ahlinya.
Bukti pengundi luar
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran berkata, parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan untuk menangani masalah tersebut.
"Kita bersedia untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara, Umno atau Pemuda Umno, berhubung dakwaan Khairy terhadap kami itu," tegasnya.
Beliau juga berkata, PAS mempunyai bukti mengenai 7,000 orang luar yang kini telah didaftarkan sebagai pengundi di Kelantan.
"Taktik memindahkan pengundi ini digunakan oleh Umno di seluruh Terengganu sehingga PAS kalah kepada Umno di negeri itu. Mereka sedang melakukan perkara yang sama di Kelantan.
PAS berjaya mengekalkan Kelantan dengan majoriti nipis dalam pilihanraya umum yang lalu. Parti itu yang memerintah Kelantan sejak 1990 itu, mendapat 23 berbanding 22 kerusi untuk Umno.
Umno nampaknya yakin dapat menumbangkan PAS dalam pilihanraya umum akan datang yang perlu diadakan sebelum April 1009. Berita asal

